Sunday, November 27, 2011

PRODUK ALOE VERA FOREVER

Selama lebih 30 tahun, FOREVER LIVING PRODUCTS telah memokuskan usahanya untuk mencari sumber-sumber semulajadi yang terbaik bagi kesihatan dan kecantikan yang dapat dikongsi bersama dengan dunia. Maka terbuktilah keupayaan alam semulajadi dalam membantu kita menjadi lebih sihat dan cantik.
Produk-produk penjagaan kulit FOREVER yang berasaskan Lidah Buaya adalah secara semulajadinya kaya dengan pelbagai pelembap yang membantu kulit anda mengekalkan imbangan lembapannya dan juga kelembutannya serta keanjalannya untuk menampilkan wajah yang muda berseri.

Lidah Buaya tulen yang  dimantapkan adalah ramuan utama dalam produk Lidah Buaya kami. Untuk memastikan anda hanya mendapatkan yang terbaik, hanya spesis Lidah Buaya yang paling mujarab iaitu Barbadensis Miller digunakan.

Semua produk-produk kecantikan kami adalah diperkuatkan dengan pelbagai ramuan berkualiti tinggi yang baik untuk kulit yang membantu melincir, merapi, menenang, menyubur, melindung, melembap, memulih dan memperbaharui kulit, untuk menampilkan kulit yang kelihatan lebih halus, lembut, cerah dan berseri.

Produk-produk Lidah Buaya kami yang secara semulajadinya bersifat menenangkan adalah sesuai untuk semua, termasuk mereka dengan kulit yang amat sensitif.
Tulen * Selamat * Semulajadi

MINUMAN BERKHASIAT
FOREVER




FOREVER ALOE VERA GEL

Khasiat:
  • Pilihan yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imun dan melancarkan sistem gastrousus.
  • Membantu meningkatkan keefisienan penyerapan nutrien oleh sel-sel. Ini bermakna tubuh anda akan menerima lebih banyak khasiat daripada makanan dan penokok diet yang anda ambil dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anda.
  • Membantu menyahtoksik tubuh dan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan. Ia membersihkan usus kecil, melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.
  • Sistem pencernaan yang sihat mengurangkan beban hati dan dengan demikian membolehkannya memetabolismekan lemak dengan lebih efisien untuk membebaskan lebih banyak tenaga. Dengan itu, dapat mengurangkan simpanan lemak dan membantu mengawalkan berat badan.
  • Memberikan tindakan 2-dalam-1 iaitu menyahtoksik dan mencergaskan dengan serentak.
  • Membantu meningkatkan kebolehan penyembuhan sistematik badan dan dengan demikian mengurangkan penyakit yang terjadi akibat keupayaan penyahtoksikan dan penyerapan nutrien yang kurang baik.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari
Harga:
RM 90

FOREVER ALOE BERRY NECTAR

Khasiat:
  • Formula berpaten ini amat digemari oleh pelanggan-pelanggan wanita kami tetapi ia juga adalah sesuai bagi lelaki.
  • Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% dan vitamin antipengoksida A & C yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan. Ia juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh.
  • Flavonoid Proanthocyanidin yang boleh membantu menghalang bakteria berbahaya daripada melekat pada dinding saluran kencing, oleh itu menolong mengekalkan saluran kencing yang sihat dan menstabilkan hormon.
  • Tahap vitamin A dan C yang tinggi serta pycnogenol, antioksida yang berguna untuk melindungi kolagen. Kolagen memainkan peranan penting bagi mengekalkan keanjalan kulit.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari
Harga:
RM 90


FOREVER ALOE BITS N' PEACHES

Khasiat:
  • Formula berpaten dengan perisa pic yang lazat dan cebisan Aloe iniamat digemari oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
  • Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% yang kaya dengan nutrien yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan. Ia juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh.
  • Vitamin A (dalam bentuk prekursor karotenoid), C dan E tambahan daripada buah pic yang sangat berguna untuk memastikan sistem imun serta kulit yang sihat.


Cara Pengambilan: 
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari
Harga:
RM 90



FOREVER LITE / FOREVER LITE ULTRA


Khasiat:


Forever Lite/Forever Lite Ultra adalah makanan tambahan protein. Protein diperlukan untuk rambut, kulit, otot dan organ yang sihat. Forever Lite dipadatkan dengan vitamin, mineral dan faktor-faktor makanan yang lain, bernutrien seimbang untuk membantu anda mengekalkan diet dan gayahidup yang sihat. Forever Lite Ultra mengandungi 60% kurang karbohidrat dan 55% lebih protein daripada Forever Lite biasa. Dua sajian sehari membekalkan 100% saranan pengambilan harian vitamin dan garam galian. Cara sihat untuk menambah atau mengurangkan berat badan. Boleh dicampurkan dengan jus buah-buahan atau susu. Setiap tin boleh memberikan 20 gelas minuman 


Cara Pengambilan:
Campurkan Forever Lite bersama jus buah-buahan atau susu, 2 kali sehari.
Perisa:
Forever Lite - Coklat & Vanila
Forever Lite Ultra - Coklat & Vanila
Harga:
Forever Lite - RM112
Forever Lite Ultra - RM138




MAKANAN TAMBAHAN
FOREVER





FOREVER ARCTIC-SEA OMEGA-3


Khasiat:

  • Kombinasi minyak ikan Salmon asli dan minyak Zaitun membekalkan asid perlu (EFA) Omega 3 dan 9, yang boleh membantu mempertingkatkan ketahanan badan, memelihara kesihatan kardiovaskular, memelihara kesihatan kullit, mengurangkan keradangan, mengawal atur fungsi sistem saraf dan meredakan kesakitan. EFA adalah lemak yang mesti diperolehi daripada diet anda. Gabungan minyak ikan dan minyak zaiton menjadikannya satu produk EFA yang seimbang dan berkesan.
  • Asid lemak perlu Omega-3 adalah baik untuk membantu mengekalkan kesihatan am tubuh.
  • Boleh membantu menjaga kesihatan kardiovaskular, mengurangkan tahap kolestrol buruk, memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Berpotensi membantu mengurangkan artritis, darah tinggi, kesukaran belajar dan masalah kulit.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari
Harga:
RM 112




FOREVER ABSORBENT-C


Khasiat:


  • Forever Absorbent-C adalah satu formulasi yang menggabungkan vitamin C, bioflavonoid citrus dan betik, yang terikat matrik dengan bran oat. Ini memaksimumkan keberkesanan Vitamin C serta penyerapan dan penggunaannya oleh badan kita. Vitamin C adalah satu nutrien penting yang biasanya didapati daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Satu tablet Forever Absorbent-C membekalkan 60mg vitamin C, yang bersamaan dengan elaun saranan pengambilan harian bagi orang dewasa.
  • Vitamin C merupakan satu antipengoksidan yang kuat yang boleh membantu menentang radikal bebas. Berguna untuk kesihatan kulit, hati, buah pinggang dan jantung.
  • Boleh membantu mengurangkan alahan dan kesan toksik ubat.
  • Boleh membantu merangsang pembentukan kolagen antara sel-sel, justeru itu berguna bagi memperbaiki dan memulih kulit.
  • Boleh membantu dalam proses penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun.


Cara Pengambilan: 
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
Harga:
RM 60






FOREVER GARLIC-THYME


Khasiat:


  • Satu kombinasi 1000mg bawang putih dengan 50mg thyme. Bawang putih telah digunakan semenjak berkurun-kurun lamanya oleh hampir semua tamadun yang dikenali untuk memelihara kesihatan secara umum. Juzuk penting yang terdapat dalam bawang putih adalah allicin, alliin, scordinine dan germanium. thyme adalah sejenis herba Eropah yang boleh membantu masalah penafasan dan memelihara sistem penghadaman yang sihat.


Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
Harga:
RM 82





FOREVER ROYAL JELLY

Khasiat:
  • Jeli Raja tulen yang dipunggut dari pusat pembelaan lebah Forever sendiri di Gurun Sonoran, Arizona yang hampir bebas daripada pencemaran.
  • Jeli Raja adalah dihasilkan oleh lebah. Ia merupakan makanan tunggal bagi ratu lebah yang begitu subur dan dapat hidup lama sehingga 45 kali hayat lebah biasa.
  • Amat kaya dengan vitamin B-Kompleks, termasuk vitamin-vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7 dan B9 dan lain-lain sebatian berkhasiat yang aktif. Ini termasuk asid amino, garam galian, asid lemak perlu, asid nukleik, asetilkolina, hormon semulajadi dan 10-HDA. Asid nukleik dan vitamin B-Kompleks membantu dalam proses penjanaan sel dan dengan demikian menolong menggalakkan penyembuhan dan pembaharuan kulit.
  • Vitamin B-Kompleks juga adalah penting untuk penghasilan tenaga, pembaharuan sel darah merah dan fungsi sel saraf.
  • 10-HDA  sejenis asid lemak yang berperanan untuk tumbesaran dan keimunan hanya didapati dalam jeli raja secara semulajadi.
  • Boleh membantu mengurangkan kesan tekanan. Vitamin B5 (Asid Pantotenik) sering kali digelar vitamin 'anti-tekanan'.
  • Boleh membantu menggalakkan tenaga, stamina dan kecergasan serta mengurangkan rasa keletihan.
  • Boleh membantu menngekalkan aktiviti mental. Asetiklolin adalah bahan yang diperlukan untuk membawa mesej saraf antara sel-sel.
  • Membantu mengimbangkan hormon.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
Harga:
RM 112

                                                                              
FOREVER BEE PROPOLIS

Khasiat:
  • Propolis adalah bahan pembunuh kuman yang dihasilkan oleh lebah madu daripada gam, damar, kulit kayu dan bahan-bahan semulajadi lain yang diperolehi dari sekitan mereka. Lebah madu menggunakannya untuk melindungi sarang mereka daripada jangkitan. Bahan semulajadi ini boleh membantu memerangi kuman dan meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia juga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti vitamin, galian dan enzim. Forever Bee Propolis adalah diperkayakan dengan jeli raja.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino, Vitamin B-Kompleks boleh membantu menggalakkan sistem imun, mempertingkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
Harga:
RM 112


FOREVER BEE POLLEN

Khasiat:
  • Debunga lebah semulajadi yang dipunggut dari pusat pembelaan lebah Forever sendiri di Gurun Sonoran, Arizona yang ditumbuhi beribu-ribu spesis tumbuhan berbunga, ini menyediakan suatu spektrum debunga yang amat besar. Debunga Forever Bee Pollen adalah diperkayakan dengan Madu Asli dan Jeli Raja.
  • Debunga ialah benih 'jantan' bunga, ia sering kali disebut sebagai bahan makanan alam semulajadi yang paling sempurna. Ia adalah satu sumber nutrien yang amat pekat, mengandungi beratus-ratusan sebatian berkhasiat, termasuk hampir kesemua nutrien asas yang diperlukan oleh manusia.
  • Debunga lebah terdiri daripada 40% protein, mengandungi spektrum lengkap kesemua 22 jenis asid amino. Ia juga amat kaya dengan vitamin-vitamin  A, C, D, E dan K, enzim aktif, ko-enzim, unsur surih, garam galian dan bioflavonoids.
  • Mudah dihadam dan amat mudah diserap.
  • Satu penggalak tenaga yang baik, ianya amat digemari para atlit untuk membantu mereka meningkatkan kekuatan, ketahanan dan tenaga.
  • Boleh membantu mengelakkan keradangan prostat. Zink penting bagi kesihatan prostat. Boleh membantu merangsangkan sistem reproduksi.
  • Magnesium penting untuk menolong mengawal atur tekanan.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 1 kapsul setiap kali, 2 kali sehari.
Harga:
RM 60


FOREVER BEE HONEY

Khasiat:
  • Forever Bee Honey adalah madu mentah yang 100% tulen. Ia tidak dimasak, tidak ditapis, tidak diproses dan dikekalkan kandungan semulajadi jeli raja dan debunganya.
  • Ia mengandungi 16 jenis asid amino, karbohidrat, vitamin, mineral dan enzim. Ia juga mengandungi 70 kalori setiap sudu besar.
  • Mudah dicerna dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Suatu pemanis semulajadi yang berkhasiat.
Harga:
RM 60


TEMPAH SEKARANG...
Hubungi: NINIE 017-6391491
niniezane_2404@yahoo.com

www.tips-fb.com

No comments: